SEMUA SEBAB KAKAK AKU! :|



 

Assalamualaikum Hai Hye Hello ..

Dengan ini, menulisnya saya di sini, Nurul Atira Najwa Binti Ahmad Zailudin ingin mengatakan bahawa saya .. *Eh, apahal minah ni? HAHA okay gurau je tadi. Sebelum bersedih sedih ni marilah kita bergembira dahulu. Pertama sekali saya ingin memohon seribu kemaafan kepada pembaca belog saya kerana mungkin ayat yang saya gunakan ada tersalah ke apa, macam tak berapa nak baku ke. Well, Setiap orang mesti ada yang melakukan kesalahan kan? Tiada sesiapa yang terhindar daripada melakukan dosa. Okay watlek, jangan bengang sebab cerita tak start start lagi. Okay now, *tarik nafas panjang panjang* Lets start~

   ______________________________

Sebenarnya saya ada masalah dengan kakak saya, kadang kadang saya selalu cakap dalam hati yang saya benci diorang sangat tapi in fact, saya sayang kat diorang. Siapa tak sayang family kan? Dah macam macam diorang buat kat saya. Orang yang rapat dengan saya tahu lah apa dia. Okay lah, korang mesti tak penah kena hack dengan kakak/abang atau sesiapa lah kan? Haha okay LOL. Cerita saya ni lain, kakak saya selalu memalukan saya dekat FACEBOOK! Tak tahu lah kan macam mana dia dapat tahu pass saya kan. Hurm sumpah weh, SAYA MALU dengan siapa yang baca status saya semua tu. Hurm. Banyak lagi sebenarnya tapi malas dah nak cakap. Saya dah banyak kali bersabar tapi nak buat macam mana, diorang akan sentiasa berusaha untuk menjatuhkan saya. Mungkin saya yang paling 'tak ngam' dengan adik beradik saya. Blog saya ni lah sebagai diary saya yang sudi mendengar setiap rintihan saya. Menulis blog ni pun dah buat saya rasa lega sikit. Hilang sikit rasa benci dalam hati ni. Saya SEDAR dan saya MENGAKU bahawa banyak kesalahan yang saya telah lakukan tapi tolonglah FAHAM yang setiap manusia ada membuat kesalahan. Bak kata ''Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.'' Jadi saya berharap suatu hari nanti diorang akan faham saya kenapa saya buat semua kesalahan saya tu. Saya dah tak tahan lagi dengan sikap diorang yang suka memalukan saya tu. SO PLEASE!


Saya rasa cukup lah setakat ni. Assalamualaikum.


''Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.''